Thursday, August 5, 2010

200 RIBU AHLI MASUK M.I.C??????? BETUL KE MURUGIAH!!!

Kepala BN dan MIC jangan mudah terpedaya dengan kenyataan Murugiah, kononnya dia ada 200 ribu ahli masuk MIC. Guna otak waras untuk mempecayai sama dia. Kalau 200 ribu ahli dari PPP, itu macam Kaveat punya ahli sudah kurang 200 ribu. Mana ada 200 ribu PPP mahu lari ikut sama Murugiah? Tujuan Murugiah buat kenyataan itu untuk pastikan dia diberi Kerusi PARLIMEN dalam GE13 nanti.
U ingat Kepala BN dan Uncle Sam percaya sama lu ka? Uncle Sam sendiri pun tak lagi akan bungkus, U ingat kepala MIC yang lain percaya sama U ka? U punya tujuan itu satu sahaja, bukan kerana memperjuangkan kaum India. Kita orang tahu u punya niat dari dulu lagi masa u adalah dalam PPP. Apa yang u berkorban untuk PPP dan Kaum India??? U lebih penting sama u punya diri sahaja.
U kena bagi bukti sama Kepala BN dan MIC, senarai 200 ribu ahli yang masuk MIC ikut sama u. Kalau tidak u....POHIKARAN!!!!
U dulu Kaveat kasi u Senator, untuk murtad dan paling tadah, banyak senang sekali. U dont know, where u come from dan who help u - UNGRATEFUL DOG OF PPP and one day u will HOSTILE MIC 4sure........ MIC becareful...

200 RIBU AHLI MASUK M.I.C??????? BETUL KE MURUGIAH!!!

Sunday, August 1, 2010

INTERGRASI NASIONAL DAN HALA TUJU

Sudah setengah abad Kerajaan BN memerintah negara kita, sering kali dengan lantang untuk mengintergrasikan semua kaum di Malaysia dan berani menetapkan Tahun 2020 sebagai tarikh penamatnya. Adakah akan tercapai dimana INTERGRASI NASIONAL tersebut pada Tahun 2020??? Pandangan saya mungkin tidak begitu tepat, akan tetapi saya dengan berani menyatakan slogan itu tidak akan tercapai.
Kenapa saya berani mengatakan sedemikian,kecuali lah Kerajaan Pemerintah dengan serius dan jujur melakukannya. Walau pun adanya kesungguhan oleh Pihak Kerajaan dan tidak ada sokongan padu rakyat keseluruhannya, mana-mana ektnik jua, pasti slogan itu tidak akan kesampaian. PASTI tidak akan kesampaian.
Cuba kita ambil beberapa contoh yang negatif yang mana seharusnya pihak berkuasa mengambil langkah yang positif terhadap individu2 atau kumpulan yang begitu serius dan tampil dengan gaya yang tersendiri dan perlaksanaan nya itu amat jelas sekali BERBAU PERKAUMAN. Apabila individu2 atau kumpulan membuka tirainya meluahkan sentimen tersebut, sama ada tuntutan untuk kepentingan diri dan kaumnya mahupun terhadap kaum yang lain. MAKA CETUSAN API AKAN MENGENA PADA MINYAK. Ini tidak boleh dinafikan.
Dalam ertika kata, tindakan negatif yang akan mengundang bahaya kepada sak wasangka dan teka teki yang tidak sihat oleh kaum lain. Perlu kita ambil iktibar dan berfikiran secara waras untuk bercakap, berhujah,memberi komen.
Sebagaimana kita sedia maklum, negara kira mengandungi berbagai-bagai ektnik majoritinya MELAYU, CINA dan India serta Kaum2 dari SABAH dan SARAWAK. Jangan kita buat perbandingan dengan negara THAILAND, SINGAPURA, INDONESIA dan FILIPINA. Ianya amat jelas kerana negara jiran itu, kaum lainnya adalah amat ninoriti sekali, malah kurang daripada 5%. Tidak di MALAYSIA. Pengujudan MALAYSIA telah terpahat dengan kerjasama 3 kaum majoriti dan setiap rakyat harus menghormati dan hidup dengan berdasarkan kepada PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Sebab itu lah setiap rakyat, malah setiap YB-YB dan pemimpin2 seharusnya memahami terlebih dahulu PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Disamping itu, setiap rakyat diwajibkan memahami dan mengkaji dengan mendalam adat resam dan BOLEH/TIDAK sesuatu kaum yang lain. Sikap TOLERANSI amat diutamakan. Kalau lah seseorang rakyat itu enggan bertolak ansur, maka tahu lah kita apakah BAHANA yang diperolehi. Kenapa dalam suasana zaman serba moden dan dunia tanpa sempadan, masih ujud individu yang bergitu ghairah dan meluap-luap meniup semangat perkauman?? kenapa dibenarkan berlaku????
pendapat saya Hujah2 Ibrahim Ali itu, sudah nyata berbau perkauman, Adakah kaum lain telah melanggar etika PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan adalah hak hak istimewa MELAYU dirampas?? saya sentiasa mengikuti kenyataan dan ceramah ceramah Ibrahim Ali, nampaknya beliau sentiasa mengungkit-ungkit dan seolah-olah kuasa dan hak MELAYU telah dirmpas. Dengan suci hati dan amat jelas ingin saya nyatakan kenyataannya adalah SALAH dan amat SENSITIF SEKALI. Saya berpendapat Ibrahim Ali hanya ingin mendapat populariti dan untuk U-turn ke UMNO, hanya dengan cara itu sahaja. Beliau tahu pengaruhnya dalam BEBAS - Kosong. Ibrahim Ali berpandangan sempit dan kurang pemahaman diseluruh Malaysia, apa yang dia tahu sangat. Tidak ada ajenda lain kecuali memperetikaikan hak-hak MELAYU sahaja. Dalam suasana PM membanting tulang untuk mencapai satu tahap KEMALAYSIAN, tiba2 muncul berbagai bagai isu/hujah oleh mereka mereka yang ingin menjadi jaguh/Panglima untuk satu satu ektnik. Kenapa Ibrahim Ali tidak direngkuk dalam KEMTAH??? Ucapan dan kenyataannya amat bahaya sekali. Bagi saya, Ibrahim Ali meminta UMNO dan PAS bersatu demi untuk kekuatan KAUM MELAYU.
Pandangan saya kalaulah UMNO mentadbirkan MALAYSIA secara terbuka, bebas korupsi,adil dan saksama berlandaskan PERLEMBAGAAN MALAYSIA, pasti tidak ada timbul orang macam Ibrahim Ali, Tony Pua, Ronnie Liu, Bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Ketua Bahagian UMNO Cheras,Redhuan Tee,SAKMONGKOLAK47, dan lain-lain pemimpin2 dan ketua2 kaum yang lantang bersuara. Pihak Kerajaan mesti jujur dan tegas, jika tidak sia-sia sahaja.
Seharusnya setiap rakyat MALAYSIA bertanggungjawap dan kenali diri sendiri dulu dan pahatkan diri AKU ANAK MALAYSIA.
Saya tidak pernah memperkecil2kan mana-mana kaum, saya percaya semua rakyat di MALAYSIA adalah MANUSIA SEJAGAT. Tidak ada perbezaan dijadikan tuhan, hanya agama yang berbeza, namun demikian, hala tujunya satu sahaja. Kalau selidik dan kajian setiap agama yang dianuti itu dibuat, kecualilah ada manusia tanpa agama!!!! Tiada agama yang mengajar atau menyeru kita sesama manusia bermusuhan. Tidak perlu sesiapa menyatakan agama mana yang lebih kuat atau benar. Percayalah agama itu semua menuju ke satu destinasi sahaja akhirnya.
Nyawa diberikan oleh tuhan kepada kita itu lah rahmat.
Otak yang dijadikan tuhan itu untuk kita berfikir secara waras.
Kaki dan tangan kurniaan tuhan kepada kita adalah untuk bergerak dan buat sesuatu yang menafaat.
Kesal kesilapan lampau dan jadikan pengajaran.
Bumi Malaysia yang serba ada, jangan dihancurkan dengan tajaan beberapa pemimpin DURJANA, mereka ini lebih pentingkan diri, dengan gimmik berpolitik murahan.
TIDAK PERLU ADANYA PERKASA DAN TIDAK PERLU ADA ANTI ISA, KALAU KERAJAAN MELAKSANAKAN TINDAKAN MENGIKUT NAS-NAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG UNDANG TERSEBUT, TIDAK BAIS DAN BERAT SEBELAH.

Monday, July 26, 2010

TARAF WARGANEGARA MALAYSIA

Seringkali dipertikaikan tentang masalah untuk memperolehi Taraf Warganegara Malaysia oleh Pemastautin-pemastautin Tetap di Malaysia yang mana dianggarkan melebehi beratus ribu orang. Kenapa mereka ini tidak langsung dipertimbangkan permohonan mereka?
Memang tidak dinafikan bahawa Taraf Warganegara Malaysia itu adalah satu anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia. Akan tetapi apakah salah dan susahnya pemberian itu diberikan kepada beberapa permohonan yang dikategorikan 99% warga negara Malaysia. Saya mengatakan sedemikian kerana majoriti Pemastautin Tetap itu adalah anak kelahiran di Tanah Melayu.yang mempunyai sijil kelahiran pada Tahun 40an dan 50an. Kini mereka itu mempunyai anak-anak, cucu dan cicit yang bertaraf WARGANEGARA MALAYSIA.
Tempoh hari beberapa berita yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, dimana Menteri KDN memaklumkan seorang Pemastautin Tetap warga tua ada membuat permohonan Taraf Warganegara telah meninggal dunia dan Menteri berkenaan menyatakan permohonannya telah lulus dan menunjukkan simati itu telah menjadi Warganegara Malaysia. Manakala terdapat seorang bekas Tentera tertinggi Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Indonesia dan memperolehi anak bukan warga negara Malaysia berumur 7 tahun dan menghadapi masalah persekolahan di Malaysia, lalu pihak KDN segera meluluskan Kewarganegaraannya.
Saya ingin pertikaikan disini, kenapa adanya double standard dalam meluluskan permohonan Kewarganegaraan Malaysia. Adakah amat susah atau dengan sengaja dibiarkan berterusan atau lulus satu demi satu. Terdapat satu permohonan seorang wanita berumur 58 tahun, suaminya Warganegara Malaysia dan beranak dan cucu. Beberapa kali membuat permohonan, rayuan demi rayuan, tetap tidak berjaya. Apakah salah kalau diluluskan permohonannya. Tahukah dengan memberi kelulusan tersebut tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada Kerajaan Malaysia, malah presepsi rakyat lebih terbuka dan menerima Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia kini. Saya telah banyak membantu dengan ikhlas dan sucihati kepada mereka-mereka untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Taraf Kewarganegaraan, namun sia-sia sahaja. Temuduga demi temuduga dijalankan diperingkat JPN Negeri. Kenapa diadakan temuduga, pada hal soalan temuduga itu, kalau disuruh Warganegara Malaysia pun sukar untuk menjawapnya. Kalau lah tujuan untuk menguji tahap pertuturan dan kefahaman Bahasa Malaysia sudah mencukupi melalui perbualan. Isu Ketaatan mereka kepada Raja dan Negara, tidak timbul lagi, saya pasti mereka itu tahu dan sentiasa menunjukkan ketaatan terhadap Raja dan Negara tanpa berbelah bahagi. Kemana lagi mereka ini akan pergi kalau tak di Bumi Malaysia!!!
Kalau dikaji semula, terdapat 90% Pemastautin Tetap bangsa Cina dan India ini telah berumur melebehi setengah abad. Kecualilah Bangsa Indonesia yang telah datang ke Malaysia awal 70an, saya percaya ramai yang telah memiliki Taraf Warganegara Malaysia. KENAPA INI BOLEH TERJADI!!
Saya mencadangkan kepada Kerajaan Pemerintah agar beri kelonggaran terhadap permohonan status Warganegara Malaysia kepada permohon-pemohon yang lahir dan menetap di Malaysia melebehi setengah abad itu. Apa salahnya??? Saya percaya pemberian status itu tidak perlu melalui permohonan dan temuduga, sekadar mengadakan satu Forum atau Kursus kepada mereka-mereka itu dan diluluskan dengan serta merta. Kini kita di zaman tanpa sempadan dan bergerak dengan begitu laju sekali. Dengan mengadakan permohonan dan temuduga, akan menimbulkan syak wasangka bahawa birokrasi dan berbagai-bagai isu negatif akan berlaku.
Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Tidak semestinya pemberian Status Warganegara Malaysia itu satu anugerah Kerajaan Malaysia. Siapa kah itu KERAJAAN MALAYSIA????? RAKYAT....RAKYAT......RAKYAT..... termasuklah anak-anak dan cucu cicit kepada MEREKA yang dianggap hidup dan mati di bumi Malaysia tetapi bukan Warganegara Malaysia..