Monday, July 26, 2010

TARAF WARGANEGARA MALAYSIA

Seringkali dipertikaikan tentang masalah untuk memperolehi Taraf Warganegara Malaysia oleh Pemastautin-pemastautin Tetap di Malaysia yang mana dianggarkan melebehi beratus ribu orang. Kenapa mereka ini tidak langsung dipertimbangkan permohonan mereka?
Memang tidak dinafikan bahawa Taraf Warganegara Malaysia itu adalah satu anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia. Akan tetapi apakah salah dan susahnya pemberian itu diberikan kepada beberapa permohonan yang dikategorikan 99% warga negara Malaysia. Saya mengatakan sedemikian kerana majoriti Pemastautin Tetap itu adalah anak kelahiran di Tanah Melayu.yang mempunyai sijil kelahiran pada Tahun 40an dan 50an. Kini mereka itu mempunyai anak-anak, cucu dan cicit yang bertaraf WARGANEGARA MALAYSIA.
Tempoh hari beberapa berita yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, dimana Menteri KDN memaklumkan seorang Pemastautin Tetap warga tua ada membuat permohonan Taraf Warganegara telah meninggal dunia dan Menteri berkenaan menyatakan permohonannya telah lulus dan menunjukkan simati itu telah menjadi Warganegara Malaysia. Manakala terdapat seorang bekas Tentera tertinggi Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Indonesia dan memperolehi anak bukan warga negara Malaysia berumur 7 tahun dan menghadapi masalah persekolahan di Malaysia, lalu pihak KDN segera meluluskan Kewarganegaraannya.
Saya ingin pertikaikan disini, kenapa adanya double standard dalam meluluskan permohonan Kewarganegaraan Malaysia. Adakah amat susah atau dengan sengaja dibiarkan berterusan atau lulus satu demi satu. Terdapat satu permohonan seorang wanita berumur 58 tahun, suaminya Warganegara Malaysia dan beranak dan cucu. Beberapa kali membuat permohonan, rayuan demi rayuan, tetap tidak berjaya. Apakah salah kalau diluluskan permohonannya. Tahukah dengan memberi kelulusan tersebut tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada Kerajaan Malaysia, malah presepsi rakyat lebih terbuka dan menerima Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia kini. Saya telah banyak membantu dengan ikhlas dan sucihati kepada mereka-mereka untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Taraf Kewarganegaraan, namun sia-sia sahaja. Temuduga demi temuduga dijalankan diperingkat JPN Negeri. Kenapa diadakan temuduga, pada hal soalan temuduga itu, kalau disuruh Warganegara Malaysia pun sukar untuk menjawapnya. Kalau lah tujuan untuk menguji tahap pertuturan dan kefahaman Bahasa Malaysia sudah mencukupi melalui perbualan. Isu Ketaatan mereka kepada Raja dan Negara, tidak timbul lagi, saya pasti mereka itu tahu dan sentiasa menunjukkan ketaatan terhadap Raja dan Negara tanpa berbelah bahagi. Kemana lagi mereka ini akan pergi kalau tak di Bumi Malaysia!!!
Kalau dikaji semula, terdapat 90% Pemastautin Tetap bangsa Cina dan India ini telah berumur melebehi setengah abad. Kecualilah Bangsa Indonesia yang telah datang ke Malaysia awal 70an, saya percaya ramai yang telah memiliki Taraf Warganegara Malaysia. KENAPA INI BOLEH TERJADI!!
Saya mencadangkan kepada Kerajaan Pemerintah agar beri kelonggaran terhadap permohonan status Warganegara Malaysia kepada permohon-pemohon yang lahir dan menetap di Malaysia melebehi setengah abad itu. Apa salahnya??? Saya percaya pemberian status itu tidak perlu melalui permohonan dan temuduga, sekadar mengadakan satu Forum atau Kursus kepada mereka-mereka itu dan diluluskan dengan serta merta. Kini kita di zaman tanpa sempadan dan bergerak dengan begitu laju sekali. Dengan mengadakan permohonan dan temuduga, akan menimbulkan syak wasangka bahawa birokrasi dan berbagai-bagai isu negatif akan berlaku.
Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Tidak semestinya pemberian Status Warganegara Malaysia itu satu anugerah Kerajaan Malaysia. Siapa kah itu KERAJAAN MALAYSIA????? RAKYAT....RAKYAT......RAKYAT..... termasuklah anak-anak dan cucu cicit kepada MEREKA yang dianggap hidup dan mati di bumi Malaysia tetapi bukan Warganegara Malaysia..

1 comment: